142 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 15 Dis. – Arab Saudi merekodkan 142 kes harian jangkitan baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 360,155 Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 10 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 6,069. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 201 lagi pesakit sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 350,993 atau 97.45 peratus daripada kes. Sementara itu kes aktif yang dilaporkan adalah 3,093 di mana 476 kritikal. Daripada kes baharu yang direkodkan, wilayah Riyadh melaporkan 34 kes diikuti Makkah 32 dan Madinah 19 .

Read More

Kes Indonesia kini 629,429

JAKARTA 15 Dis. – Sebanyak 6,120 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 629,429 kes. Jumlah kes aktif pula adalah sebanyaj 93.662 kes atau 14.9 peratus dari pesakit yang dijangkiti. Sebanyak 155 kematian dilaporkan menjadikan 19,111 kes atau 3.0 peratus pesakit keseluruhan. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 516,656.

Read More

Biden sah Presiden AS

JOE BIDEN secara rasmi adalah Presiden Amerika Syarikat yang baharu apabila kemenangannya disahkan pada Isnin oleh Undi Elektoral (Electoral College) dengan 302 undian memihak kepada beliau, ketika Donald Trump masih enggan mengaku kalah. Susulan itu, Biden dalam ucapannya menggambarkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terhadap demokrasi buat Amerika. “Sekali lagi di Amerika, kedaulatan undang-undang, perlembagaan dan mandat rakyat telah menang. “Demokrasi kita – ditekan, diuji, diancam – dibuktikan bertahan, benar dan kukuh,” tegas Biden dalam ucapannya di Wilmington, Delaware. Walaupun undian pada Isnin lazimnya hanya menjadi formaliti, keputusan itu memberi…

Read More

Sabah catat 260 kes baharu

KOTA KINABALU 15 Dis.- Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 260 kes  baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,371 kes dengan tiga kematian di daerah Sandakan. .Pada hari ini, seramai 400 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,283 orang. Sejumlah 2,192 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 603 orang di hospital dan 1,589 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daripada 260 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 139 kes…

Read More

189 kluster masih aktif

SETAKAT 15 Disember 2020, terdapat 418 kluster dilaporkan. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes).

Read More

Kuala Lumpur mendahului

WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam. Kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus). Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes).

Read More

Ungku Aziz meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan dan ekonomi tersohor negara Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia pada Selasa (15 Dis) ibarat satu dalam sejuta, satu kehilangan yang tiada galang gantinya. Allahyarham, yang lebih mesra dipanggil Pak Ungku, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 4.00 petang pada usia 98 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara kerana sakit tua. Berita kematian Prof Ungku Aziz menyentuh perasaan banyak pihak, terutamanya Universiti Malaya, yang begitu sinonim dengan Allahyarham. Menerusi laman sosial Facebook rasmi, universiti itu menyifatkan pemergian Prof Ungku…

Read More