Arab Saudi catat 141 kes

RIYADH 11 Dis. – Angka kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi naik sedikit tetapi masih di bawah 200 kes apabila merekodkan 168 berbanding 141 kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes positif turut menunjukkan peningkatan iaitu 359,583 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 6,023 kematian. Sebanyak 248 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 350,108 (97.36 peratus) orang pulih daripada pandemik itu. Sementara itu, Riyadh merekodkan 45 kes diikuti wilayah Makkah 35 dan wilayah Timur 27 kes.

Read More

Indonesia rekod 605,243 kes

JAKARTA 11 Dis. – Sebanyak 6,310 kes positif baharu Covid-19  dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah kumulatif 605,243 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 18,511 orang apabila 175 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan berikutan 4,911 pesakit dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah pesakit sembuh 496,886 orang. Sementara itu Jakarta merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 1,232 kes dengan kumulatif 149,018. Jawa Barat merekodkan 1,029 kes, Jawa Tengah 998, Jawa Timur 748, Sulawesi Selatan 259, Kalimantan Tengah 216, Kalimantan Timur 213, Banten 192, Yogyakarta…

Read More

Sabah catat 532 kes baharu

KOTA KINABALU 11 Dis. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 532 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 32,066 kes sementara lima kematian dicatatkan iaitu dua di daerah Papar dan satu masing-masing di daerah Putatan, Tawau dan Sandakan. Seramai 233 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 28,923 orang manakala 1,805 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 629 orang di hospital dan 1,176 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Jumlah kes yang tinggi hari ini berpunca dari…

Read More

Enam kluster baharu

SEHINGGA 11 Disember 2020, terdapat 407 kluster direkodkan termasuk enam kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 217 termasuk hari ini iaitu Kluster Taman Laut di Selangor, Kluster BMU di Melaka, dan Kluster Ikhtisas yang melibatkan Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 190 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini. Pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (369 kes), Kluster Rumah Merah (150 kes) dan Kluster D’Bajaru (133 kes). Terdapat…

Read More

Kluster penyumbang tertinggi

SELANGOR masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) di mana 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus). Selangor: 829 kes  616 kes daripada kluster-kluster, termasuk 390 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Putus dan Kluster Erima; 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Lapan (8) kes import dari luar negara; dan…

Read More

1,810 kes, jumlah kini 80,309

PUTRAJAYA 11 Dis. – Masih empat angka walaupun jumlahnya turun apabila kes jangkitan baharu yang direkodkan sebanyak 1,810 kes menjadikan jumlah kumulatif  80,309 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 12,734 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,799 kes. Sebanyak 184 kes (10.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Rumah Merah (150 kes), Kluster Tembok (18 kes), Kluster Bakti (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (3…

Read More

Pas Perak mohon ampun

  IPOH 11 Dis. – Pas Perak memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas kekhilafan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap selepas dititahkan pada 8 Disember lalu. Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata, sehubungan itu Pas Perak akan mengutus surat memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut. Razman semasa membaca kenyataan dalam sidang media petang ini berkata, mereka juga sentiasa menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin. Selain Razman, yang juga ADUN Gunung Semanggol, dua lagi adalah Mohd Akmal Kamarudin (Selama)…

Read More

PKPB 4 daerah tamat

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas pada hari ini, 11 Disember 2020. Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKPB di dua mukim (Daerah Penggawa) iaitu Kubang Kerian di Kota Bahru dan Kusial di Tanah Merah diteruskan sehingga 20 Disember nanti. Menurut beliau, kerajaan juga memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh diteruskan sehingga 20 Disember ini. Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri…

Read More

Asas pembentukan PN

KUALA LUMPUR: Perak sepatutnya kekal milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kerana ia dijawat wakil parti itu sebelum pembentukan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin Katanya, perkara itu adalah mengikut konsensus yang dicapai dalam pembahagian jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Ujarnya lagi, perjanjian itu dimeterai antara Presiden UMNO  Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang pada awal tahun ini. Beliau berkata, perjanjian mengenai jawatan itu dicapai ketika pembentukan PN di peringkat Persekutuan, bagi memelihara kerjasama politik yang kukuh dan…

Read More

Titah Sultan maslahah ummah

KHUTBAH Jumaat di Selangor hari ini mengambil sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-75. Khatib menyampaikan khutbah bertajuk “Titah Sultan, Maslahah Ummah”. Adalah menjadi kewajipan setiap pemimpin menjadi pemimpin yang adil. Khatib menarik perhatian mengenai nasihat Imam al-Hassan al-Basri kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Katanya:  “Pemimpin yang adil tidak ubah seperti ibu yang sentiasa mencintai anaknya, dia mengandung dan melahirkannya dengan susah payah, dia mendidiknya pada saat masih kecil, dia tidak tidur malam bila anaknya juga tidak tidur malam, dia akan merasa tenang bila anaknya…

Read More