Kluster penyumbang tertinggi

SELANGOR masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) di mana 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus).

  • Selangor: 829 kes 
    • 616 kes daripada kluster-kluster, termasuk 390 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Putus dan Kluster Erima;
    • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 532 kes 
    • 326 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 126 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 132 kes  
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Berangan;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment