Indonesia rekod 605,243 kes

JAKARTA 11 Dis. – Sebanyak 6,310 kes positif baharu Covid-19  dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah kumulatif 605,243 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 18,511 orang apabila 175 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan berikutan 4,911 pesakit dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah pesakit sembuh 496,886 orang.

Sementara itu Jakarta merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 1,232 kes dengan kumulatif 149,018.

Jawa Barat merekodkan 1,029 kes, Jawa Tengah 998, Jawa Timur 748, Sulawesi Selatan 259, Kalimantan Tengah 216, Kalimantan Timur 213, Banten 192, Yogyakarta 157 dan Riau 149.

Related posts

Leave a Comment