Arab Saudi catat 141 kes

RIYADH 11 Dis. – Angka kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi naik sedikit tetapi masih di bawah 200 kes apabila merekodkan 168 berbanding 141 kes semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes positif turut menunjukkan peningkatan iaitu 359,583 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 6,023 kematian.

Sebanyak 248 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 350,108 (97.36 peratus) orang pulih daripada pandemik itu.

Sementara itu, Riyadh merekodkan 45 kes diikuti wilayah Makkah 35 dan wilayah Timur 27 kes.

Related posts

Leave a Comment