Fauci khidmat untuk 7 presiden

WILMINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan pakar penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci kekal berkhidmat di White House selepas peralihan kuasa 20 Januari depan.

“Saya bersyukur dia akan menjadi ahli utama pasukan Covid saya sementara kami bekerja untuk mengawal virus ini,” katanya hari ini.

Fauci yang juga Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan AS, Dr

dinamakan sebagai Ketua Penasihat Perubatan berkaitan virus dan Biden merupakan Presiden ketujuh di mana Fauci berkhidmat.

Biden berkata demikian ketika mengumumkan pasukan kesihatannya dengan melantik Peguam Negara California, Xavier Becerra sebagai Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan.

Becerra, 62, keturunan Latin pertama yang memegang jawatan itu dilantik sebagai Peguam Negara California pada 2016, menggantikan Naib Presiden yang dipilih Kamala Harris selepas beliau terpilih ke Senat Amerika.

Bekas Ahli Kongres itu juga menyokong kuat program penjagaan kesihatan Akta Penjagaan Mampu atau lebih dikenali Obamacare.

Biden turut melantik Ketua Bahagian Penyakit Berjangkit Hospital Awam Massachusetts, Dr Rochelle Walensky bagi mengetuai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Dr Vivek Murthy, dilantik sebagai Ketua Pakar Bedah Awam AS, menggalas peranan sama ketika pentadbiran Obama.

Biden yang akan mengetuai Rumah Putih bulan hadapan turut melantik Jeff Zients sebagai Penasihat Ekonomi yang terkenal dengan kecekapan mengurus sebagai ‘czar’ bagi menghadapai pandemik Covid-19.

Zients akan memantau tindak balas pandemik, termasuk pengagihan beratus-ratus juta dos vaksin selain akan bekerjasama dengan beberapa agensi Persekutuan antaranya Pentagon.

Selain itu, Biden turut meletakkan keutamaan nasionalnya yang mahu kanak-kanak akan kembali ke sekolah dalam masa 100 hari pertama pentadbirannya.

Beliau juga meletakkan sasaran 100 hari pertama di White House nanti, sebanyak 100 juta vaksin Covid-19 diberikan kepada warganya.

Katanya, 100 hari pertama itu tidak akan menamatkan pandemik dan dalam hubungan ini juga beliau berkata : “Tidak kira apa perbezaan politik, pakai pelitup muka untuk 100 hari,” .

Related posts

Leave a Comment