193 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 8 Dis. – Selepas merekodkan 209 kes semalam kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini turun kepada 193 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 359,115 kes. Angka jangkitan harian terendah sebelum ini adalah 190 dan 187 kes pada Sabtu dan Ahad lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula 12 orang sama seperti dilaporkan semalam yang menjadikan 5,989 kematian. Jumlah kes aktif pula 3,712 di mana 573 kritikal. Sebanyak 246 kes pesakit pulih dilaporkan menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 349,414 atau 97.30 peratus daripada jumlah…

Read More

19 kes baharu di Thailand

THAILAND merekodkan 19 kes positif baharu Covid-19 hari ini 8 Disember, termasuk melibatkan empat petugas perubatan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 4,126 kes dengan kematian kekal 60 kes. Menurut kenyataan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), kesemua petugas kesihatan terbabit termasuk seorang lelaki, berusia antara 25 dan 40 tahun, bekerja di sebuah fasiliti kuarantin alternatif (ASQ) di sini. Baki 15 lagi merupakan kes import termasuk enam wanita Thai berusia 24 hingga 37 tahun yang bekerja di sebuah pusat hiburan di Tachileik, sebuah bandar di sempadan Myanmar, dan pulang ke tanah air melalui…

Read More

Klang dahului daerah lain

SELANGOR merekodkan 417 kes baharu di mana 98 adalah dari kluster sedia ada, 17 kluster baharu (Seruling), 116 saringan kontak rapat, 185 lain-lain saringan dan satu import. Sebanyak 928 kes sembuh. Daripada 417 kes baharu (416 tempatan dan 1 luar negara) di Selangor, daerah KLANG mencatatkan 174 kes diikuti Hulu Langat 144, Petaling 75, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor masing-masing tujuh kes, Sepang dua kes dan Hulu Selangor satu kes.

Read More

Dua lagi kluster baharu

SEHINGGA 8 Disember 2020, terdapat 392 kluster termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini, 8 Disember 2020. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 207 termasuk empat yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Melati, Kluster Kempas, Kluster Titir dan Kluster Tempayan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (78 kes), Kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria-30 (33 kes). Terdapat dua…

Read More

Selangor mendahului kes

Selangor mendahului dengan 417 kes diikuti Sabah 271 dan Johor 108 kes. Di Selangor, 98 kes adalah dari kluster sedia ada, 17 dari kluster baharu (Seruling) 116 saringan kontak rapat, 185 lain-lain saringan dan satu kes import. Sabah pula merekodkan 70 kes dari kluster sedia ada, 121 saringan kontak rapat dan 80 lain-lain saringan. Di Johor, 63 dari kluster sedia ada, 22 saringan kontak rapat dan 23 lain-lain saringan. Kuala Lumpur merekodkan 45 kes dari kluster sedia ada, tiga dari kluster baharu (Tapak Bina Darul), 12 saringan kontak rapat, 33 lain-lain saringan…

Read More

1,012 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 8 Dis. – Kes positif baharu Covid-19 kekal empat angka dengan 1,012 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 75,306 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada  jumlah itu tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala penularan dalam negara pula berjumlah 1,005 kes. Bilangan kes sembuh adalah sebanyak 1,750 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 64,056 kes atau 85.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Dalam kenyataannya hari ini, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif  dengan kebolehjangkitan pula adalah 10,862 kes dengan…

Read More

Brunei catat kes ke-152

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini, 8 Disember 2020 menjadikan 152 kes sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar memaklumkan, kes import ke-11 itu melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur pada 27 November lalu. Bercakap pada sidang media petang ini, beliau berkata, kini terdapat dua kes aktif sedang dirawat di pusat pengasingan kebangsaan manakala 147 kes lagi sembuh. Beliau memberitahu, pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan pengesanan enam kontak terdekat dilakukan di mana…

Read More

Bersatu, Pas menghadap

IPOH 8 Dis. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas untuk menghadap baginda bila-bila masa hari ini. Ahli Dewan Negara Perak, Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin perlu diyakinkan terlebih dahulu sebelum memutuskan individu yang akan menjadi Menteri Besar Perak Ke-14. Titah itu dibuat Sultan Nazrin pasca majlis menghadap oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah pagi. “Duli Yang Maha Mulia (DYMM) menerima maklumat dan status terkini daripada apa yang dipersembahkan. DYMM perlu diyakinkan…

Read More

Hak Istana umum siapa MB

IPOH 8 Dis. – Pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu adalah menjadi hak Istana, kata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. “Saya menjunjung titah Tuanku supaya hak untuk mencalonkan itu adalah hak UMNO dan BN tetapi hak untuk umumkan calon itu ialah hak mutlak Tuanku dan Istana akan maklumkannya,” katanya. Beliau memaklumkan perkara itu setelah selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, sekitar pukul 10.30 pagi tadi. “Saya telah diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk menghadap and persembahkan surat memohon untuk perkenan…

Read More