Bersatu, Pas menghadap

IPOH 8 Dis. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas untuk menghadap baginda bila-bila masa hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin perlu diyakinkan terlebih dahulu sebelum memutuskan individu yang akan menjadi Menteri Besar Perak Ke-14.

Titah itu dibuat Sultan Nazrin pasca majlis menghadap oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah pagi.

“Duli Yang Maha Mulia (DYMM) menerima maklumat dan status terkini daripada apa yang dipersembahkan. DYMM perlu diyakinkan bahawa perkara yang dipersembahkan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu,” katanya.

“Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar akan hanya dilaksanakan setelah DYMM yakin sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Perak,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta hari ini.

Ditanya sama ada ADUN Pakatan Harapan Perak juga dipanggil menghadap, Annuar berkata buat masa ini hanya ADUN Bersatu dan Pas sahaja.

Related posts

Leave a Comment