Brunei catat kes ke-152

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini, 8 Disember 2020 menjadikan 152 kes sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar memaklumkan, kes import ke-11 itu melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur pada 27 November lalu.

Bercakap pada sidang media petang ini, beliau berkata, kini terdapat dua kes aktif sedang dirawat di pusat pengasingan kebangsaan manakala 147 kes lagi sembuh.

Beliau memberitahu, pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan pengesanan enam kontak terdekat dilakukan di mana ujian awal mendapati kesemuanya negatif.

Dr. Md Isham juga memaklumkan, hari ini adalah hari ke 216  Brunei Darussalam tanpa jangkitan tempatan sejak kes jangkitan terakhir direkodkan pada 6 Mei lalu.

Ketika ini, sebanyak 613 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan selepas tiba dari luar negara.

Setakat ini, 9,041 telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment