193 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 8 Dis. – Selepas merekodkan 209 kes semalam kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi hari ini turun kepada 193 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 359,115 kes.

Angka jangkitan harian terendah sebelum ini adalah 190 dan 187 kes pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula 12 orang sama seperti dilaporkan semalam yang menjadikan 5,989 kematian.

Jumlah kes aktif pula 3,712 di mana 573 kritikal.

Sebanyak 246 kes pesakit pulih dilaporkan menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 349,414 atau 97.30 peratus daripada jumlah kes..

Sementara itu, Riyadh merekodkan 53 kes diikuti Makkah 36 dan Madinah 28.

Related posts

Leave a Comment