Hak Istana umum siapa MB

IPOH 8 Dis. – Pengumuman berkaitan Menteri Besar Perak yang baharu adalah menjadi hak Istana, kata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya menjunjung titah Tuanku supaya hak untuk mencalonkan itu adalah hak UMNO dan BN tetapi hak untuk umumkan calon itu ialah hak mutlak Tuanku dan Istana akan maklumkannya,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu setelah selesai menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, di sini, sekitar pukul 10.30 pagi tadi.

“Saya telah diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk menghadap and persembahkan surat memohon untuk perkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

“Pengumuman untuk nama calon MB itu akan dibuat oleh Tuanku sendiri dan sebarang kenyataan selepas ini akan dikeluarkan oleh pihak Istana.

Biarlah Tuanku sendiri yang akan mengeluarkan pemakluman melalui sebarang kenyataan,” kata Pengerusi BN itu.

Ditanya sama ada calon yang dikemukakan mendapat majoriti, beliau mengakui yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi.

Beliau turut mengumumkan UMNO akan kekal dengan kerjasama bersama Perikatan Nasional.

“Saya telah nyatakan bahawa seboleh mungkin kita mempertahankan kesepakatan PN dan kerjasama kerajaan ini adalah antara UMNO, Bersatu dan juga Pas,” katanya.

Related posts

Leave a Comment