Dua lagi kluster baharu

SEHINGGA 8 Disember 2020, terdapat 392 kluster termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini, 8 Disember 2020. Jumlah kluster yang tamat pula adalah 207 termasuk empat yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Melati, Kluster Kempas, Kluster Titir dan Kluster Tempayan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (78 kes), Kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria-30 (33 kes).

Terdapat dua kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER SERULING

Melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling di negeri Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula 4 Disember 2020 hasil saringan di tempat kerja. Sehingga 8 Disember 2020, sejumlah 2,267 individu  disaring, di mana 109 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA DARUL

Melibatkan daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor; serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 6 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak pembinaan. Sehingga 8 Disember 2020, sejumlah 240 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment