391 kes di Sabah

KOTA KINABALU 5 Dis. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 391  kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,288 kes dengan dua kematian di daerah Kota Kinabalu dan Tawau. Seramai 263 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,309 orang sementara 1,932 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,311 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 22 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Keningau bertukar dari zon jingga ke zon merah. Manakala Kota Marudu dan Sipitang…

Read More

190 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 5 Dis. – Selepas seminggu merekodkan lebih 200 kes harian Covid-19, Arab Saudi merekodkan 190 kes hari ini, angka terendah setakat ini. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif jangkitan kini meningkat kepada 358,526 kes dengan kes aktif 4,010 di mana 603 kritikal. Sebanyak 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 5,954. Kementerian juga melaporkan 324 kes pulih yang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 348,562 kes.. Sementara itu daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, Riyadh mencatatkan kes tertinggi iaitu 64 kes diikuti Makkah 36, Madinah…

Read More

6,027 kes baharu Indonesia

JAKARTA 5 Dis. – Jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 569,707 kes berikutan tambahan 6,027 kes harian dengan kes aktif 81.669 atau 14,3 peratus dari pesakit yang dijangkiti. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh dari Covid-19 mencapai 470.449 orang atau 82,6 peratus termasuk tambahan kes pulih sebanyak 4,271 orang. Bagi kes kematian, terdapat 110 kes baharu dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 17,589. Sementara itu, Provinsi Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,360 diikuti Jawa Barat 1,086, Jawa Tengah 758, Jawa Timur 539 dan Kalimantan Tengah…

Read More

Thailand kumpul 4,072 kes

THAILAND merekodkan 19 kes baharu jangkitan Covid-19  termasuk dua kes tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 4,072. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 13 kes melibatkan mereka yang dikuarantin selepas tiba di negara ini dan empat lain-lain ketibaan. Kes tempatan melibatkan wanita Thai dari wilayah Sing Buri berusia 50 tahun dan lelaki Thai berusia 30 tahun juga dari wilayah Sing Buri. Empat kes ketibaan dari Myanmar, tiga daripada mereka bekerja di pusat hiburan di Tachilek yang menyelinap masuk ke negara ini. Mengenai 13 kes kuarantin, sembilan adalah rakyat Thai…

Read More

Boleh rentas daerah, negeri

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Walaupun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).  Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing. Polis juga tidak lagi akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai 7 Disember , tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard). Bercakap pada sidang media perkembangan PKPP…

Read More

Empat lagi kluster baharu

KUALA LUMPUR 5 Dis.  Empat lagi kluster baharu Covid-19 dikesan yang melibatkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu di Kuala Lumpur serta Selangor. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Batu Tiga melibatkan daerah Tawau di Sabah dengan kes awal positif Covid-19 dilaporkan pada 17 November hasil saringan individu bergejala. “PSehingga hari ini, sejumlah 28 individu telah disaring dan kesemuanya telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. Dr Noor Hisham berkata kluster kedua pula ialah Kluster Jalan Domis melibatkan daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod di Sabah dengan kes awal positif Covid-19 dilaporkan pada 29 November hasil saringan kontak rapat. Beliau…

Read More

Lembah Klang catat 490 kes

LEMBAH Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 kes (43.6 peratus). Sabah pula melaporkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu sebanyak 391 kes atau 34.8 peratus, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 265 kes atau 23.6 peratus. Selangor mencatat 221 kes diikuti Johor (66 kes), Pulau Pinang (44 kes), Perak (39 kes), Kelantan (35 kes), Kedah (30 kes), Negeri Sembilan (10 kes), Labuan (10 kes), Putrajaya (empat kes), Pahang (dua kes) dan Sarawak (satu kes).  Perlis dan Terengganu tidak melaporkan sebarang kes baharu. Perincian 1,123 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Disember 2020…

Read More

Faizal letak jawatan MB Perak

IPOH 5 Dis. – Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk menyembahkan warkah peletakan jawatan tersebut. “Alhamdulillah pada jam 3.00 petang, 5 Disember 2020, saya telah diperkenankan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Alhmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Almarghfullah. “Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar…

Read More

1,143 pulih 1,123 kes baharu

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,123 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 71,359 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.  Bilangan kes aktif kebolehjangkitan pula mencatat 10,775 kes, manakala jumlah kes pulih  1,143 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 60,204 kes.  Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula ialah 1,118 kes. Beliau juga berkata terdapat empat kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 380 kes. Dr Noor Hisham berkata 40 kes (3.6…

Read More