190 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 5 Dis. – Selepas seminggu merekodkan lebih 200 kes harian Covid-19, Arab Saudi merekodkan 190 kes hari ini, angka terendah setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif jangkitan kini meningkat kepada 358,526 kes dengan kes aktif 4,010 di mana 603 kritikal.

Sebanyak 14 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 5,954.

Kementerian juga melaporkan 324 kes pulih yang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 348,562 kes..

Sementara itu daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, Riyadh mencatatkan kes tertinggi iaitu 64 kes diikuti Makkah 36, Madinah 31 dan wilayah Timur 18 kes..

Related posts

Leave a Comment