6,027 kes baharu Indonesia

JAKARTA 5 Dis. – Jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 569,707 kes berikutan tambahan 6,027 kes harian dengan kes aktif 81.669 atau 14,3 peratus dari pesakit yang dijangkiti.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh dari Covid-19 mencapai 470.449 orang atau 82,6 peratus termasuk tambahan kes pulih sebanyak 4,271 orang.

Bagi kes kematian, terdapat 110 kes baharu dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 17,589.

Sementara itu, Provinsi Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,360 diikuti Jawa Barat 1,086, Jawa Tengah 758, Jawa Timur 539 dan Kalimantan Tengah 260.

Jakarta pula merekodkan 1,011 kes sembuh diikuti Jawa Barat 685, Jawa Timur 444, Jawa Tengah 362 dan Riau 202.

Jawa Timur pula merekodkan kematian tertinggi iaitu 24 kes, Jakarta 23 kes, Jawa Tengah 10, Sumatera Barat lapan, Lampung enam kes dan Jawa Barat 955 kes

SINGAPURA melaporkan 13 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Sabtu (5 Disember ) iaitu 12 import dan satu kes dalam masyarakat.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 58,255 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kes terakhir adalah seorang warga Singapura yang ke Indonesia dengan Pas Perjalanan Perniagaan.

Beliau mengambil ujian Reaksi Rantaian Poymerase (PCR) Covid-19 semasa kembali ke Singapura pada 28 November dan mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujiannya.

Ujian itu kembali negatif pada 29 November namun mula mengalami gejala pada 2 Disember, dan disahkan mengalami jangkitan Covid-19 pada 4 Disember.

Sebelum dimasukkan ke hospital, beliau  pergi bekerja di ASL Shipyard di 19 Pandan Road, tetapi tidak berinteraksi dengan rakan-rakannya. MOH menyatakan ujian serologinya kembali negatif, yang menunjukkan kemungkinan jangkitan semasa.

Semua kenalan rapatnya yang dikenal pasti telah diasingkan dan dikuarantin.

Sebelas kes import lain  telah diarahkan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau  diasingkan semasa mereka tiba di Singapura.

Kes dalam masyarakat pula melibatkan anak kapal warga Filipina yang tiba dari Filipina melalui  Normand Australis, yang berlabuh di Pelabuhan Tuas pada 18 November.

Beliau dikuarantin di satu kemudahan kuarantin sejak 22 November, setelah berhubungan rapat dengan seorang pesakit Covid-19 lain. Sebelum itu, beliau belum turun dari kapal.

Sementara itu enam kes dibenarkan keluar dari hospital pada  Sabtu, menjadikan 58,143 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.

 

Related posts

Leave a Comment