1,143 pulih 1,123 kes baharu

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,123 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 71,359 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Bilangan kes aktif kebolehjangkitan pula mencatat 10,775 kes, manakala jumlah kes pulih  1,143 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 60,204 kes. 

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula ialah 1,118 kes.

Beliau juga berkata terdapat empat kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 380 kes.

Dr Noor Hisham berkata 40 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (27 kes) dan Kluster Tembok sebanyak 13 kes.

Sementara itu, terdapat 130 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Related posts

Leave a Comment