Thailand kumpul 4,072 kes

THAILAND merekodkan 19 kes baharu jangkitan Covid-19  termasuk dua kes tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 4,072.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 13 kes melibatkan mereka yang dikuarantin selepas tiba di negara ini dan empat lain-lain ketibaan.

Kes tempatan melibatkan wanita Thai dari wilayah Sing Buri berusia 50 tahun dan lelaki Thai berusia 30 tahun juga dari wilayah Sing Buri.

Empat kes ketibaan dari Myanmar, tiga daripada mereka bekerja di pusat hiburan di

Tachilek yang menyelinap masuk ke negara ini.

Mengenai 13 kes kuarantin, sembilan adalah rakyat Thai yang tiba dari

Malaysia (1), India 1), Sweden (1), United Kingdom (1), Amerika Syarikat (3), Switzerland (2), Netherlands (1), Mexico (1) dan Myanmar (2).

Daripada 4,072 orang yang dijangkiti, sebanyak 3,848 (94.5%) dilaporkan sembuh termasuk sembilan yang dibenarkan keluar dari hospital.

Setakat ini, 164 pesakit masih dirawat di hospital manakala jumlah kematian kekal 60.

Related posts

Leave a Comment