Kes di Indonesia meningkat

JAKARTA 2 Dis. – Kes jangkitan positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat apabila 5.533 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 5,092 semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatifnya meningkat kepada 549.508 kes dengan kes aktif sebanyak 73.429 atau 13.4 peratus dari keseluruhan kes. Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan iaitu 458,880 termasuk 4,001 kes sembuh hari ini. Bagi kes kematian, 118 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 17.199 kematian atau 3.1 peratus dari jumlah pesakit. Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1.166 kes dan kumulatifnya…

Read More

PKPD Meru dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B, Zon C Taman Meru 2C Ipoh, Perak dilanjutkan tujuh hari lagi mulai Jumaat ini sehingga 10 Disember , kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lanjutan PKPD di lokaliti itu berikutan terdapat baki sampel ujian saringan Covid-19 yang belum mendapat keputusan serta berdasarkan  nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan oleh KKM, Sebelum ini PKPD di kawasan itu bermula 20 November sehingga 3 Disember di mana KKM (Kementerian Kesihatan) melaksanakan sebanyak 1,793 saringan dan sebanyak 66 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti tersebut. Ismail…

Read More

Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima lagi kluster baharu Covid-19 yang melibatkan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama iaitu Kluster Desa Pinang yang melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur, selain Gombak di Selangor.  Kes indeks kluster itu iaitu kes ke-62,596 dilaporkan positif Covid-19 pada 28 November lalu hasil saringan individu bergejala.  Sehingga hari ini, seramai 120 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster…

Read More

Selangor dahului negeri lain

SELANGOR mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 249 kes menjadikan kumulatif 6,863 kes. Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 77 kes adalah dari kluster sedia ada, lima kes dari kluster baharu (Impian dan Desa Pinang), 86 saringan kontak rapat dan 81 lain-lain saringan. Sabah merekodkan 229 kes dengan jumlah kumulatif 4,998. Sebanyak 39 kes dari kluster sedia ada, 103 saringan kontak rapat dan 87 lain-lain saringan. Johor pula mencatatkan 102 kes di mana 64 kes dari kluster sedia ada, 23 kluster baharu (Baloi), sembilan saringan kontak rapat dan enam lain-lain saringan.

Read More

851 kes, 658 sembuh

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kes positif Covid-19 kembali kepada tiga angka apabila 851 kes baharu dilaporkan, selepas lima hari mencatatkan kes baharu empat angka sejak 27 November lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, empat merupakan kes import manakala 847 kes penularan tempatan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 10,686 kes. Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini adalah 68,020 kes. Dr Noor Hisham berkata sejumlah 658 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 56,969 kes (83.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Beliau berkata 17 kes…

Read More

Vaksin di UK minggu depan

UNITED Kingdom (UK) menjadi negara pertama meluluskan vaksin Covid-19 daripada Pfizer dan BioNTech yang akan mula digunakan seawal minggu hadapan. Menurut jurucakap kerajaan UK, pihaknya telah memdapat Kelulusan UK menggunakan vaksin Covid-19 secara kecemasan itu menjadi detik bersejarah dalam memerangi wabak berkenaan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata perkembangan itu amat dinantikan oleh syarikat pengeluar vaksin berkenaan. “Keizinan ini adalah tujuan yang telah kami usahakan sejak pertama kali kami isytiharkan bahawa sains akan menang. “Kami memuji MHRA atas kemampuan mereka untuk melakukan penilaian yang teliti dan mengambil…

Read More

Tangan dan tampar….

Maksud: Kalau berbantah janganlah dengan orang yang jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yang berpanjangan. Maksud: Kalau tersalah dalam sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu daripada dianiaya oleh orang yang bodoh.

Read More

Mahathir sedia jadi saksi

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Ahli Parlimen Langkawi, Dr. Mahathir Mohamad menawarkan diri sebagai saksi di mahkamah sekiranya keterangan beliau diperlukan berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat kawasan itu,  Azmin Ali. Katanya, mahkamah merupakan forum paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan oleh sepuluh Plaintif yang memfailkan tindakan ini. Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang Ahli Parlimen seperti Azmin sebagai proses mematangkan pendemokrasian negara. Menurut Dr. Mahathir, beliau dimaklumkan seramai 10 orang pengundi berdaftar Parlimen Gombak telah memulakan satu tindakan…

Read More

Mokhtar CEO Bernama

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Tahniah Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain  yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia berkuat kuasa serta-merta. Pelantikan Ketua Pengarang Bernama itu sebagai CEO diumumkan oleh Pengerusi Bernama Senator Ras Adiba Radzi. Mokhtar, 59, memangku jawatan CEO sejak 17 Mei tahun ini berikutan peletakan jawatan Nurini Kassim sehari sebelumnya. Beliau merupakan ketua pengarang sejak 23 Ogos tahun lepas dan timbalan ketua pengarang (Perkhidmatan Berita Am) selama enam tahun sebelum itu. Ras Adiba yakin Mokhtar yang berpengalaman luas dalam dunia kewartawanan, mampu menerajui pengurusan agensi berita…

Read More

Setiausaha Perbendaharaan AS

PRESIDEN Amerika Syarikat yang dipilih, Joe Biden mengumumkan pasukan ekonominya pada Selasa, yang diketuai Janet Yellen, untuk jawatan Setiausaha Perbendaharaan atau Menteri Kewangan. Katanya, pasukan itu mampu membentuk satu hala tuju baharu kepada pemulihan ekonomi, di tengah-tengah sekatan yang dikenakan dalam usaha mengawal penularan Covid-19. Ketika ini, kadar pengangguran AS berada pada 6.9 peratus setakat Oktober dan isu utama adalah perbelanjaan pengguna yang terkesan. Ekonomi Amerika bergantung kepada perbelanjaan pengguna dan tanpanya, perniagaan kecil dan sederhana tidak akan berkembang dan akan membuang pekerja. Sasarannya bermula 20 Januari ini adalah untuk…

Read More