Kes di Indonesia meningkat

JAKARTA 2 Dis. – Kes jangkitan positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat apabila 5.533 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 5,092 semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatifnya meningkat kepada 549.508 kes

dengan kes aktif sebanyak 73.429 atau 13.4 peratus dari keseluruhan kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan iaitu 458,880 termasuk 4,001 kes sembuh hari ini.

Bagi kes kematian, 118 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 17.199 kematian atau 3.1 peratus dari jumlah pesakit.

Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1.166 kes dan kumulatifnya masih yang tertinggi iaitu 139.085 kes diikuti Jawa Tengah  944 dan Jawa Barat 764.

Sementara itu, Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi dengan 30 kes dan kumulatifnya 4,468 kes diikuti Jakarta 23 kes dan Jawa Tengah 23 kes.

Jakarta pula mencatatkan kes sembuh yang tinggi iaitu  1.061 kes dan kumulatifnya  126.069 kes diikuti Jawa Tengah 606 dan Jawa Timur 397 kes.

Related posts

Leave a Comment