Vaksin di UK minggu depan

UNITED Kingdom (UK) menjadi negara pertama meluluskan vaksin Covid-19 daripada Pfizer dan BioNTech yang akan mula digunakan seawal minggu hadapan.

Menurut jurucakap kerajaan UK, pihaknya telah memdapat

Kelulusan UK menggunakan vaksin Covid-19 secara kecemasan itu menjadi detik bersejarah dalam memerangi wabak berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata perkembangan itu amat dinantikan oleh syarikat pengeluar vaksin berkenaan.

“Keizinan ini adalah tujuan yang telah kami usahakan sejak pertama kali kami isytiharkan bahawa sains akan menang.

“Kami memuji MHRA atas kemampuan mereka untuk melakukan penilaian yang teliti dan mengambil tindakan tepat pada masanya untuk membantu melindungi rakyat UK,” katanya.

Ketika ini jelasnya, tindakan UK itu diharapkan dapat diambil oleh negara lain.

Pada masa sama, Pfizer akan terus mengeluarkan vaksin berkualiti tinggi dan selamat untuk seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment