Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima lagi kluster baharu Covid-19 yang melibatkan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama iaitu Kluster Desa Pinang yang melibatkan daerah Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur, selain Gombak di Selangor. 

Kes indeks kluster itu iaitu kes ke-62,596 dilaporkan positif Covid-19 pada 28 November lalu hasil saringan individu bergejala. 

Sehingga hari ini, seramai 120 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster kedua iaitu Kluster Impian dikesan di Gombak, dengan kes indeks (kes ke-63,700) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 November lepas hasil saringan individu bergejala.

Beliau berkata sehingga hari ini, 220 individu telah disaring, dengan sembilan kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster berkenaan.

Kluster ketiga iaitu Kluster Baloi pula dikesan di Johor Bahru dan juga Pontian, Johor, dengan kes indeks (kes ke-63,152) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 November hasil saringan individu bergejala. 

Sehingga hari ini, seramai 166 individu telah disaring, dengan 30 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster keempat ialah Kluster Jernai yang melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur, dengan kes indeks (kes ke-64,196) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Nov hasil saringan sebelum ke luar negara. 

Beliau berkata sehingga semalam, 45 individu telah disaring dan 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster berkenaan.

Related posts

Leave a Comment