Sabah catat 441 kes baharu

KOTA KINABALU 27 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 441 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,679 kes serta satu kes kematian di daerah Semporna.

Seramai 738 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 24,519 orang manakala 2,027 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,364 orang di PKRC.

Bilangan pesakit dalam ICU ialah 74 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu daerah Pitas bertukar dari zon jingga ke zon merah manakala Kalabakan bertukar dari zon kuning ke zon merah.

Terdapat satu kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Jalan Tuaran mencatatkan sebanyak 34 kes berkaitan dengan saringan pekerjaan di Kilang Sabah Steel Industries.

Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di mana daripada 132 kes sebanyak 34 kes adalah daripada Kluster Jalan Tuaran, Kluster Sutera (18 kes) dan Kluster Rumah Merah (4 kes).

Manakala saringan kontak rapat (65 kes), saringan bergejala (8 kes), saringan kendiri (2 kes) dan saringan sebelum kerja (1 kes).

Related posts

Leave a Comment