5,828 kes harian Indonesia

JAKARTA 27 Nov. – Indonesia merekodkan 5,828 kes baharu Covid-19:menjadikan jumlah kumulatif pesakit meningkat kepada 522,581 kes.

Kes kematian pula bertambah sebanyak 169 dan kumulatifnya menjadi 16,521 kes atau 3,2 peratus dari jumlah pesakit.

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 3,807 lagi pulih menjadikan kumulatif 437,456.

Sementara jumlah kes aktif adalah 68,604 atau 13.1 peratus dari jumlah pesakit.

Daripada jumlah keseluruhan kes baharu, Jakarta merekodkan kes tertinggi harian, iaitu 1.436 kes diikuti Jawa Tengah 963, Jawa Barat 699, Jawa Timur 428 dan Riau 261 kes.

Bagi kematian, Jawa Tengah merekodkan 51 kes, Jawa Timur 39, Jakarta 15, Riau lapan dan Jawa Barat lima.

Jakarta juga merekodkan kes sembuh tertinggi dengan 816 kes, Jawa Barat 782, Jawa Tengah 380, Jawa Timur 359 dan Riau 190.

Related posts

Leave a Comment