1,315 kes baharu, 4 kematian

MASIH empat angka apabila Malaysia merekodkan sebanyak 1,315 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam,. Daripada angka berkenaan, 1,310 merupakan penularan dalam negara manakala lima lagi kes import. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan adalah sebanyak 1,315 orang. KKM juga merekodkan, sebanyak empat kematian dalam tempoh yang sama selain pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah serama 118 orang dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Read More

577 ingkar arahan PKPP

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Seramai 217 individu yang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal adalah antara 577 orang yang ditahan polis atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 577 individu yang ditahan, 55 individu direman sementara yang lain dikenakan kompaun. Turut ditahan adalah 116 pengunjung kelab hiburan, 113 tidak memakai pelitup muka , 71 orang gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, 53 rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan sembilan orang. “Juga…

Read More

Kenyataan DAPSY keterlaluan

KENYATAAN Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim supaya memohon maaf dan membubarkan Pakatan Harapan (PH) menimbulkan reaksi balas pemimpin PKR yang menyifatkannya sebagai biadab dan keterlaluan. Mereka menyifatkan kenyataan Setiausaha DAPSY, Eric Teh Hoong Keat sebagai tidak berhemah yang sepatutnya dielakkan. Jumaat lalu, DAPSY memberikan kata dua kepada Pengerusi PH supaya memohon maaf mengenai tindakannya meminta Ketua Whip parti pembangkang agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021. “Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutuya atas kesilapannya,…

Read More

Sedia tinggalkan Rumah Putih

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedia meninggalkan Rumah Putih jika Badan Perwakilan Pemilih mengesahkan kemenangan Presiden yang dipilih, Joe Biden. Kenyataan itu dilihat sebagai hampir mengaku kalah dalam pilihan raya presiden negara itu, walaupun sebelum ini mengulangi dakwaannya yang tidak berasas mengenai penipuan pengundian besar-besaran. Bercakap kepada wartawan sempena cuti Thanksgiving kelmarin, Trump berkata jika Biden – yang akan dilantik pada 20 Januari – disahkan sebagai pemenang pilihan raya , beliau akan meninggalkan Rumah Putih. Bagaimanapun Trump menambah, sukar baginya untuk mengaku kalah dalam keadaan sekarang dan enggan mengatakan…

Read More

70 peratus perlu divaksin

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 60 hingga ke 70 peratus penduduk dunia perlu divaksin bagi mengurangkan kadar penularan jangkitan Covid-19. Pakar vaksin WHO, Dr Katherine O’Brien berkata, ketika ini, imunisasi terhadap Covid-19 adalah satu-satunya kaedah bagi mengurangkan jangkitan. Bagaimanapun, Dr O’Brien memaklumkan sehingga kini belum jelas vaksin boleh mengurangkan tempoh seseorang individu mengalami penyakit itu. “Adalah penting untuk kita mengetahui lebih lanjut berkenaan apa kemampuan vaksin, bukan sahaja untuk mengekang penyakit, tetapi mengelak penularan virus dan karakter jangkitan,” katanya pada sidang media di Geneva. Sementara itu, Pengarah Eksekutuf…

Read More

5 kluster utama tempat kerja

Lima (5) kluster terbesar berkaitan tempat kerja terus mencatatkan kes baharu hari ini iaitu: Kluster Teratai = 31 kes Kluster Tapak Bina Damanlela = 8 kes Kluster Cergas = 42 kes Kluster Hentian = 17 kes Kluster Kaya = 3 kes Kluster Teratai pula mencatatkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 60% kes yang disaring adalah positif. Kluster Kaya pula melibatkan negeri yang terbanyak iaitu Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan dan Perak.

Read More

Kes harian Filipina 1,631

FILIPINA, setakat pukul 4 petang, 27 November, mencatatkan 1,631 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 425,918 dengan kes aktif sebanyak 30,047. Menurut Jabatan Kesihatan, terdapat 46 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,255 orang. Kes sembuh pula meningkat kepada 387,616 termasuk 370 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Read More

Arab Saudi catat 356,691. kes

RIYADH 27 Nov. – Arab Saudi merekodkan 302 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 356,691. Sebanyak 17 lagi  pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan 5,857 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit sembuh menunjukkan peningkatan apabila 407 lagi pulih menjadikan 345,622 kes atau 96.89 peratus daripada jumlah pesakit. Kes aktif pula 5,212 kes di mana 698 kritikal. Daripada jumlah kes baharu, Riyadh mencatatkan angka tertinggi dengan 70 kes diikuti Jeddah 28, Yanbu 18, dan Madinah 17.

Read More