Singapura hampiri 58,200 kes

SINGAPURA melaporkan empat kes baharu Covid-19 sehingga tengah hari Jumaat 27 November yang semuanya kes import dan dikenakan notis duduk di rumah (SHN) sebaik tiba di negara itu.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini hampir 58,199 kes.

Singapura melaporkan kes pertama jangkitan dalam masyarakat semalam selepas lebih dua minggu.

Lelaki warga Singapura berusia 32 tahun itu bekerja sebagai jurutera perkhidmatan di Master Systems Marine Pte Ltd.

Beliau mengalami demam dan sakit tekak pada malam Isnin lalu dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik umum (GP) keesokan harinya di mana beliau menjalani ujian Covid-19.

Lelaki itu dibawa ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) keesokan harinya setelah disahkan positif.

Semalam, 26 November, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada empat kes import Covid-19 membabitkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun.

Dilabel sebagai kes 58400, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu dikenakan SHN.

Lelaki berkenaan dan tiga kes import yang lain tidak bergejala (asymptomatic) dan dikesan menerusi pengawasan dan saringan proaktif.

Sehingga kini, 28 orang meninggal dunia daripada komplikasi akibat Covid-19 di republik ini dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Singapura telah menamatkan kluster terakhir iaitu asrama pekerja asing pada 25 November .

Related posts

Leave a Comment