Filipina 427,797 kes, Thailand 5

FILIPINA setakat pukul 4 petang, 28 November 2020, Jabatan Kesihatan melaporkan 1,893 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 427,797. Sebanyak 79 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 8,333 kematian. Sementara itu, 474 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini meningkatkan kes pulih kepada 388,062 atau 90.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes aktif pula adalah 31,402 atau 7.3 peratus. 675 Di THAILAND, lima kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 3,966 kes. Semua kes import itu melibatkan ketibaan dari Myanmar, dua dari India serta masing-masing seorang dari…

Read More

Turun kepada 220 kes

RIYADH 28 Nov. – Selepas tiga hari merekodkan lebih 300 kes positif Covid-19, Arab Saudi hari ini mencatatkan penurunan kepada 220 kes. Semalam, kes harian yang direkodkan adalah sebanyak 302 dan sebelum itu 322 kes pada 26 November dan 326 kes pada 25 November. Dengan perkembangan ini juga, jumlah keseluruhan kes 356,911 dengan kes aktif 5,018 di mana 675 kritikal . Jumlah kematian pula meningkat kepada 5,870 termasuk 13 pesakit yang meninggal dunia hari ini. Kementerian juga merekodkan 401 kes pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh 346,023…

Read More

28,155 kes di Sabah

KOTA KINABALU 28 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 476 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,155 kes. Empat kematian dilaporkan iaitu dua kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di daerah Tawau dan Tuaran. Terdapat empat kluster baharu direkodkan iaitu: i. Kluster Jesselton di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 44 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan Jesselton Quay; ii. Kluster PTS Sibuga di Daerah Sandakan sebanyak 99 kes berkaitan dengan Pusat Tahanan Sementara Sibuga; iii. Kluster Dermaga di Daerah Sandakan sebanyak 17 kes berkaitan dengan…

Read More

5,418 kes baharu Indonesia

JAKARTA 28 Nov. – Indonesia merekodkan 5,418 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 527,999 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah 125 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 16,646 orang. Kes sembuh pula merekodkan 4,527 orang menjadikan jumlah 441.983 pesakit pulih daripada jangkitan. Pertambahan kes jangkitan berlaku di seluruh wilayah termasuk Provinsi Jakarta yang merekodkan kes tertinggi dengan 1,370 kes diikuti Jawa Tengah 1,118, Jawa Timur 453, Jawa Barat 367 dan Banten 234. Jumlah pesakit sembuh pula menunjukkan Jakarta merekodkan 1,245 kes…

Read More

Enam kluster baharu Covid-19

PUTRAJAYA 28 Nov. – Enam kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini, membabitkan empat di Sabah serta masing-masing satu di Selangor dan Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kluster di Sabah melibatkan Kluster PTS Sibuga, Kluster Tapak Bina Jesselton, Kluster Dermaga dan Kluster Tempasuk. “Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah 180 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagi Kluster PTS Sibuga, ia melibatkan daerah Sandakan dengan kes indeks (ke-35,885) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 November lepas hasil saringan individu bergejala dan setakat ini, sejumlah 324 individu disaring…

Read More

Sabah mendahului

SABAH mendahului dengan 476 kes yang merangkumi 92 kes dari kluster sedia ada, 167 kluster baharu (PTS Sibuga, Tapak Bina Jesselton, Dermaga dan Tempasuk) 147 saringan kontak rapat dan 70 lain-lain saringan Selangor dengan 266 kes yang meliputi 168 dari kluster sedia ada, sembilan dari kluster baharu (UD SS2), 65 saringan kontak rapat, 23 lain-lain saringan dan satu kes import. Kuala Lumpur merekodkan 191 kes iaitu 145 dari kluster sedia ada,  31 kluster baharu (Tapak Bina Awan Biru), lima saringan kontak rapat, enam lain-lain saringan dan empat kes import Perak pula merekodkan 151…

Read More

1,315 kes baharu, 4 kematian

MASIH empat angka apabila Malaysia merekodkan sebanyak 1,315 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam,. Daripada angka berkenaan, 1,310 merupakan penularan dalam negara manakala lima lagi kes import. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan adalah sebanyak 1,315 orang. KKM juga merekodkan, sebanyak empat kematian dalam tempoh yang sama selain pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah serama 118 orang dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Read More

577 ingkar arahan PKPP

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Seramai 217 individu yang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal adalah antara 577 orang yang ditahan polis atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 577 individu yang ditahan, 55 individu direman sementara yang lain dikenakan kompaun. Turut ditahan adalah 116 pengunjung kelab hiburan, 113 tidak memakai pelitup muka , 71 orang gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, 53 rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan sembilan orang. “Juga…

Read More

Kenyataan DAPSY keterlaluan

KENYATAAN Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim supaya memohon maaf dan membubarkan Pakatan Harapan (PH) menimbulkan reaksi balas pemimpin PKR yang menyifatkannya sebagai biadab dan keterlaluan. Mereka menyifatkan kenyataan Setiausaha DAPSY, Eric Teh Hoong Keat sebagai tidak berhemah yang sepatutnya dielakkan. Jumaat lalu, DAPSY memberikan kata dua kepada Pengerusi PH supaya memohon maaf mengenai tindakannya meminta Ketua Whip parti pembangkang agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021. “Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutuya atas kesilapannya,…

Read More