Turun kepada 220 kes

RIYADH 28 Nov. – Selepas tiga hari merekodkan lebih 300 kes positif Covid-19, Arab Saudi hari ini mencatatkan penurunan kepada 220 kes.

Semalam, kes harian yang direkodkan adalah sebanyak 302 dan sebelum itu 322 kes pada 26 November dan 326 kes pada 25 November.

Dengan perkembangan ini juga, jumlah keseluruhan kes 356,911 dengan kes aktif 5,018 di mana 675 kritikal .

Jumlah kematian pula meningkat kepada 5,870 termasuk 13 pesakit yang meninggal dunia hari ini.

Kementerian juga merekodkan 401 kes pulih dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh 346,023 atau 96.89 peratus daripada jumlah kes.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi diikuti Jeddah 28, Madinah 15 dan Makkah 12.

Related posts

Leave a Comment