FILIPINA setakat pukul 4 petang, 28 November 2020, Jabatan Kesihatan melaporkan 1,893 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 427,797.
Sebanyak 79 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 8,333 kematian.
Sementara itu, 474 kes pesakit sembuh dilaporkan dan ini meningkatkan kes pulih kepada 388,062 atau 90.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Kes aktif pula adalah 31,402 atau 7.3 peratus. 675
Di THAILAND, lima kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 3,966 kes. Semua kes import itu melibatkan ketibaan dari Myanmar, dua dari India serta masing-masing seorang dari Filipina dan Sweden.
Salah satu kes melibatkan warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin.
Wanita berusia 29 tahun itu yang bergejala termasuk demam dan cirit-birit, tiba di Mae Sai, Chiang Rai melalui sempadan darat sebelum menaiki bas awam ke Chiang Mai pada Selasa.
Wanita itu yang ingkar arahan kuarantin wajib 14 hari, mengunjungi pusat beli-belah, pawagam, restoran dan pusat hiburan selain menggunakan pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailang di Chiang Mai, sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada Khamis apabila hilang deria bau.
Wanita itu diuji positif pada hari sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Chiang Mai sementara usaha mengesan kontak sedang diperhebat pihak berkuasa,
Menurut Pejabat Kesihatan Awam Chiang Mai, sekurang-kurangnya 326 individu dikesan berkemungkinan mempunyai kontak dengan pesakit tersebut termasuk 105 orang yang dikenal pasti berisiko tinggi.
