28,155 kes di Sabah

KOTA KINABALU 28 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini merekodkan 476 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,155 kes.

Empat kematian dilaporkan iaitu dua kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di daerah Tawau dan Tuaran.

Terdapat empat kluster baharu direkodkan iaitu:

i. Kluster Jesselton di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 44 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan Jesselton Quay;

ii. Kluster PTS Sibuga di Daerah Sandakan sebanyak 99 kes berkaitan dengan Pusat Tahanan Sementara Sibuga;

iii. Kluster Dermaga di Daerah Sandakan sebanyak 17 kes berkaitan dengan saringan Pelabuhan Dermaga Sandakan; dan

iv. Kluster Tempasuk di Daerah Kota Belud sebanyak tujuh (7) kes berkaitan dengan upacara pengebumian.

Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu 176 kes (36.97%). Daripada jumlah tersebut, 99 kes adalah daripada Kluster PTS Sibuga, 17 kes daripada Kluster Dermaga dan tujuh (7) kes daripada Kluster Tinusa. Manakala saringan kontak rapat (36 kes), saringan bergejala (8 kes), saringan komuniti (7 kes) saringan sebelum kerja (1 kes) dan saringan sign on (1 kes).

Daerah Kota Kinabalu pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 151 kes (31.72%) iaitu berpunca dari Kluster Jesselton (44 kes), Kluster Sutera (53 kes) dan Kluster Rumah Merah (2 kes). Manakala bakinya adalah dari saringan kontak rapat (35 kes), saringan bergejala (9 kes), saringan komuniti (2 kes), saringan pra kemasukan wad (2 kes), saringan kendiri (2 kes), saringan pra pekerjaan (1 kes) dan saringan tempat kerja (1 kes).

Related posts

Leave a Comment