935 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 26 Nov. – Sebanyak 935 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 60,752 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat empat kes import yang menerima jangkitan dari luar negara

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 11,348 kes.

Sementara itu, kes kematian baharu turut mencatat pertambahan sebanyak tiga kes menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 348 kes.

Setakat ini, sebanyak 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh akibat Covid-19 hari ini adalah yang tertinggi selepas merekodkan 2,555 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 49,056 kes

Related posts

Leave a Comment