Thailand lapor 16 kes

BANGKOK 26 Nov. – Sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand pada Khamis, kesemuanya kes import melibatkan mereka yang baru tiba di sini dari luar negara yang menjadikan jumlah kumulatif 3,942. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), mereka tiba dari Kuwait, Qatar, Sweden, Turki, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Sembilan kes melibatkan mereka yang berumur 33 hingga 51 yang tiba dari Kuwait melalui Qatar dan Singapura pada Jumaat lalu. Lapan daripada mereka wanita. Dua lagi kes adalah seorang guru dari Kuwait, dan seorang lelaki Thai yang juga tiba…

Read More

322 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Nov. – Arab Saudi merekodkan 322 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes 356,389 dengan kes aktif 5,334 di mana 699 kritikal. Sebanyak 15 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian 5,840. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 428 pesakit sembuh dan ini membawa kepada peningkatan kes sembuh 345,215 atau 96.8 peratus daripada jumlah kes. Sementara itu,  Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 65 kes diikuti Jeddah 29, Makkah 24, dan Madinah 22.

Read More

1,392 kes baharu di Filipina

JABATAN Kesihatan Filipina melaporkan 1,392 kes positif baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang hari ini, 26 November 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes  meningkat kepada 424,297. Pada masa yang sama, Jabatan Kesihatan (DoH) juga memaklumkan 28,789 kes aktif. Sebanyak 27 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,242 kematian. Bagi kes sembuh pula, DoH melaporkan sebanyak 328 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat kepada 387,266 orang.

Read More

Sabah catat 326 kes baharu

KOTA KINABALU 26 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 326 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,238 kes. Sebanyak tiga kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Seramai 2,126 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 23,781 orang. Sejumlah 2,085 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,442 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Telupid bertukar dari zon…

Read More

Enam lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 26 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti enam lagi kluster baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu. 1. KLUSTER BOT BIRU Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dilaporkan positif pada 15 November hasil saringan individu bergejala. Seramai 23 individu disaring dan 17 kes lagi dikesan positif. 2. KLUSTER BLOK 31 Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dilaporkan positif pada 21 November hasil saringan individu bergejala. Seramai 26 individu telah disaring dan 13 kes lagi dikesan positif. 3. KLUSTER GEMILANG…

Read More

Kenapa Pejuang tolak?

KENYATAAN DR MAHATHIR MOHAMAD Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada Ahli Parlimen, dan Kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat. MENOLAK BELANJAWAN 1. Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan Kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli. 2. Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa Kerajaan yang dipilih rakyat boleh dijatuhkan di tengah jalan dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Pilihanraya tidak bermakna lagi. 3. Kerajaan yang didiri…

Read More

PM terharu, bersyukur

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terharu dengan pendirian ahli-ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 yang diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri berkata, ia membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu ahli politik mengenepikan sementara ‘politicking’ bagi membolehkan belanjawan ini diluluskan tanpa gangguan ketika negara sedang bergelut dengan ancaman Covid-19 Sokongan itu katanya, membuktikan kematangan ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara lain. “Alhamdulillah, saya bersyukur…

Read More

935 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 26 Nov. – Sebanyak 935 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 60,752 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat empat kes import yang menerima jangkitan dari luar negara Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 11,348 kes. Sementara itu, kes kematian baharu turut mencatat pertambahan sebanyak tiga kes menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 348 kes. Setakat ini, sebanyak 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Jumlah kes…

Read More

Seri Paduka zahir penghargaan

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Al-Sultan Abdullah juga mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan bagi kelulusan Belanjawan 2021 untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Baginda menitahkan demikian dalam satu kenyataan melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin…

Read More