Dua lagi kawasan PKPD

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Dua lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 27 November hingga 10 Disember ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaacob.

Kawasan terlibat ialah Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah yang akan melibatkan sebanyak 3,400 unit rumah dan 18,000 penduduk.

Bagi Taman-Taman Perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah pula melibatkan 1,412 buah rumah dengan anggaran jumlah 6,000 orang penduduk di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1 dan 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.

Beliau juga memaklumkan penamatan PKPD Kg. Pengaraban, Kg. Tg. Kapor dan Kg. Landung Ayang, Kudat.

Sementara itu, program isolasi akan dijalankan melibatkan 360 orang pekerja MAS Kargo di KLIA yang sihat, tidak bergejala dan disahkan negatif berkuatkuasa 26 November 2020 sehingga 9 Disember 2020

Ismail Sabri juga memberitahu, kesemua pekerja asing akan disaring melalui kaedah RTK-antigen di mana Perkeso akan menanggung kos sebanyak RM60 bagi setiap ujian

Sebagai permulaan, ujian saringan ini akan difokuskan kepada pekerja asing di WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah yang melibatkan seramai 888,342 orang pekerja.

Related posts

Leave a Comment