Arab Saudi kembali kepada 300

RIYADH 25 Nov. – Arab Saudi merekodkan 326 kes baharu, satu peningkatan kes selepas lima hari mencatatkan angka di bawah 300 kes. Kali terakhir melebihi 300 kes adalah pada 19 November lalu dengan catatan 319 kes sementara semalam 252 dan sebelum itu 231; 224; 221 dan 286. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 356,067 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 5,825 termasuk 14 kes baharu yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 476 kes dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan 344,787 pesakit sembuh atau 97 peratus…

Read More

7 kes import Singapura

SINGAPURA 25 Nov. – Sebanyak tujuh kes baharu Covid-19, semuanya kes import dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 58,190. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kesemuan mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura. Setakat ini, tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura dan ini merupakan hari ke 15 berturut-turut. Begitu juga tiada kes dilaporkan di asrama pekerja. Tujuh kes import ini melibatkan penduduk tetap dan pemegang pas pelajar yang tiba dari India, empat lagi pemegang permit kerja yang tiba dari…

Read More

Filipina catat 1,202 kes

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 25 November merekodkan 1,202 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 422,915 kes dengan kes aktif 27,745.. Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan sebanyak 31 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 8,215 kematian. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 183 pesakit dilaporkan pulih dan ini membawa kepada jumlah kes sembuh meningkat kepada 386,955.

Read More

Thailand catat 8 kes import

BANGKOK 25 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand meningkat kepada 3,926 kes selepas empat lagi kes baharu direkodkan, semuanya kes import melibatkan mereka dikuarantin sejurus tiba dari luar negara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), mereka yang dikuarantin itu tiba dari India, Mozambique, Filipina dan Russia. Kes pertama dari India melibatkan lelaki India berusia 46 tahun yang tiba pada 7 November lalu bersama lima penumpang lain dalam pesawat yang sama yang telah disahkan positif. Dari Mozambique pula, lelaki Thai berumur 41 tahun yang tiba 14 November lalu dan disahkan…

Read More

5,534 kes baharu, 114 korban

JAKARTA 25 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 5,534 kes baharu hari ini berbanding 4,192 kes yang dilaporkan semalam. Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif 511,836 dengan kes aktif sebanyak 65,804 atau 12.9 peratus daripada jumlah kes jangkitan. Provinsi Jakarta merekodkan 1,273 kes baharu dengan kumulatifnya 130,461 kes diikuti Jawa Tengah 1,008 (50,321), Jawa Timur 354 (59,398), Jawa Barat 741 (49,706) dan Sumatera Barat 260 (18,944). Bagi kes kematian pula, sebanyak 114 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan kumulatifnya 16,225 atau 3.2 peratus daripada jumlah pesakit.…

Read More

Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 25 Nov. – Lima lagi kluster baharu dikesan iaitu Kluster D’Bajaru, Kluster Gangsa, Kluster Batu Tujuh, Kluster Tanjung Bunga, Kluster Kerengge. Kluster ini melibatkan beberapa daerah iaitu Lahad Datu, Sabah; Kuala Langat, Selangor; Batu Pahat dan Johor Bahru Johor dan Marang, Terengganu. Berikut perincian bagi setiap kluster: Kluster D’Bajaru – Melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes dilaporkan positif Covid-19 pada 11 November hasil saringan komuniti berisiko tinggi. Seramai 609 individu telah disaring, 90 kes lagi dikesan positif. Kluster Gangsa – Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes…

Read More

970 kes baharu, 4 kematian

Status PUTRAJAYA 25 Nov. – Sebanyak 970 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 59,817 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 12,971 kes. Menurut Dr Noor Hisham, empat kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini 345. Setakat ini juga, kata beliau,, terdapat 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah…

Read More

27 kilang Top Glove ditutup

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Satu pasukan khas diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove yang menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah kes di seluruh negara ketika ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor, Pejabat Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Langkah itu juga, dibuat susulan aduan daripada penduduk yang bimbang dengan situasi di lokaliti berkenaan. “Kita kerap mendapat mesej penduduk sekitar yang risau tentang…

Read More