970 kes baharu, 4 kematian

Status

PUTRAJAYA 25 Nov. – Sebanyak 970 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 59,817 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 12,971 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, empat kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini 345.

Setakat ini juga, kata beliau,, terdapat 110 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 47 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes sembuh pula bertambah sebanyak 2,348 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 46,501 kes.

Related posts

Leave a Comment