Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 25 Nov. – Lima lagi kluster baharu dikesan iaitu Kluster D’Bajaru, Kluster Gangsa, Kluster Batu Tujuh, Kluster Tanjung Bunga, Kluster Kerengge.

Kluster ini melibatkan beberapa daerah iaitu Lahad Datu, Sabah; Kuala Langat, Selangor; Batu Pahat dan Johor Bahru Johor dan Marang, Terengganu.

Berikut perincian bagi setiap kluster:

Kluster D’Bajaru

– Melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes dilaporkan positif Covid-19 pada 11 November hasil saringan komuniti berisiko tinggi.

Seramai 609 individu telah disaring, 90 kes lagi dikesan positif.

Kluster Gangsa

– Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes dilaporkan positif pada 23 November hasil saringan tempat kerja.

Seramai 78 individu disaring, 30 kes lagi dikesan positif. Kes melibatkan seorang warganegara, 29 bukan wargangera.

Kluster Batu Tujuh

– Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat, Johor Bahru. Kes dilaporkan positif pada 22 November merupakan kes (SARI).

Seramai 144 individu disaring, 13 kes lagi dikesan positif.

Kluster Tanjung Bunga

– Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru. Kes dilaporkan positif pada 21 November merupakan kes (SARI).

Seramai 87 individu disaring, 11 kes lagi dikesan positif.

Kluster Kerengge

– Kluster ini melibatkan daerah Marang, Terengganu. Kes dikesan positif pada 17 November hasil saringan individu bergejala.

– Seramai 680 individu disaring, enam kes lagi dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment