5,534 kes baharu, 114 korban

JAKARTA 25 Nov. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 5,534 kes baharu hari ini berbanding 4,192 kes yang dilaporkan semalam.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif 511,836 dengan kes aktif sebanyak 65,804 atau 12.9 peratus daripada jumlah kes jangkitan.

Provinsi Jakarta merekodkan 1,273 kes baharu dengan kumulatifnya 130,461 kes diikuti Jawa Tengah 1,008 (50,321), Jawa Timur 354 (59,398), Jawa Barat 741 (49,706) dan Sumatera Barat 260 (18,944).

Bagi kes kematian pula, sebanyak 114 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan kumulatifnya 16,225 atau 3.2 peratus daripada jumlah pesakit.

Jawa Timur mencatatkan 34 kematian menjadikan kumulatifnya 4,249, Jakarta 17 (2.578), Jawa Tengah sembilan (2,162), Sumatera Barat lapan (360), dan Jawa Barat enam (878).

Sementara itu, kes pesakit sembuh pula mencatatkan 4,494 orang yang turut meningkatkan jumlah kesembuhan kumulatif 429.807 orang atau 84.0 peratus daripada jumlah kes.

Kes sembuh tertinggi direkodkan di Jakarta iaitu 1,100 kes, Jawa Barat 768, Jawa Tengah 362, Jawa Timur 281 dan Kalimantan Timur 234.

Related posts

Leave a Comment