7 kes import Singapura

SINGAPURA 25 Nov. – Sebanyak tujuh kes baharu Covid-19, semuanya kes import dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 58,190.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kesemuan mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Setakat ini, tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura dan ini merupakan hari ke 15 berturut-turut. Begitu juga tiada kes dilaporkan di asrama pekerja.

Tujuh kes import ini melibatkan penduduk tetap dan pemegang pas pelajar yang tiba dari India, empat lagi pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia dan Filipina dan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek dari Ukraine.

MOH juga memaklumkan 12 lagi pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 58,091. Jumlah kematian pula kekal 28.

Ketika ini, 42 pesakit masih menerima rawatan, kebanyakannya dalam keadaan stabil.

Related posts

Leave a Comment