Thailand catat 8 kes import

BANGKOK 25 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand meningkat kepada 3,926 kes selepas empat lagi kes baharu direkodkan, semuanya kes import melibatkan mereka dikuarantin sejurus tiba dari luar negara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), mereka yang dikuarantin itu tiba dari India, Mozambique, Filipina dan Russia.

Kes pertama dari India melibatkan lelaki India berusia 46 tahun yang tiba pada 7 November lalu bersama lima penumpang lain dalam pesawat yang sama yang telah disahkan positif.

Dari Mozambique pula, lelaki Thai berumur 41 tahun yang tiba 14 November lalu dan disahkan positif pada 23 November.

Kes ketiga, melibatkan wanita tempatan yang tiba dari Filipina pada 19 November dan disahkan positif pada 22 November manakala kes keempat melibatkan wanita tempatan berusia 55 tahun yang tiba dari Rusia pada 23 November.

Daripada 3,926 kes, sebanyak 3,780 atau  96 peratus pesakit sembuh termasuk lapan kes yang dicatatkan hari ini manakala 86 pesakit masih dirawat di hospital.

Kes kematian pula kekal 60.

Related posts

Leave a Comment