Lima kes import Singapura

SINGAPURA 23 Nov. – Lima kes import dilaporkan hari ini yang turut melibatkan seorang jurutera warga Perancis yang mengendalikan projek kerja di Singapura. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah 58,165 kes dengan 28 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), lelaki berusia 58 tahun itu adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari negara asalnya. Satu lagi kes melibatkan remaja perempuan Singapura berusia 16 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari India. Tiga lagi kes adalah pemegang permit kerja yang bertugas di Singapura dan memiliki sejarah perjalanan dari Indonesia. Kesemua kes…

Read More

Kes baharu Arab Saudi 231

RIYADH 23 Nov. – Arab Saudi merekodkan 231 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 355,489. Jumlah jangkitan harian ini terus menunjukkan trend penurunan kes selepas angka terendah iaitu 221 kes direkodkan Sabtu lalu dan 224 pada Ahad. Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif adalah 5,877 di mana 765 kes adalah kritikal. Bagi tempoh yang sama, seramai 16 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada kumulatif 5,796 kematian. Pada masa yang sama,  445 pesakit dilaporkan sembuh dan perkembangan ini membawa kepada peningkatan kes pulih kepada 343,816.…

Read More

Indonesia lepasi 500,000 kes

JAKARTA 23 Nov. – Sebanyak 4,442 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes di Indonesia melebihi 500,000 kes iaitu 502,110 kes dengan kes aktif 63,722 Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi harian, sebanyak 1.009 kes dan kumulatifnya masih tertinggi sebanyak 128.173 kes.. Ini diikuti Jawa Tengah merekodkan 1,005 kes (kumulatif 48.385), Jawa Barat 602 (48.666), Jawa Timur 365 (59.044), Kepulauan Riau  273 (5.213). Bagi kes meninggal dunia, sebanyak 118 kes dan kumulatifnya 16.002 dengan . Jawa Timur merekodkan 35 kes dan kumulatifnya 4.184 kes, .Jakarta 17 dan …

Read More

311 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 23 Nov. – Jabatan Kesihatan Sabah, merekodkan 311 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 23,193 kes. Tiga lagi kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Pada hari ini, seramai 398 pesakit Covid-19 telah sembuh manakala seramai 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Pitas bertukar dari zon kuning ke zon jingga. Pada…

Read More

1,203 kes harian Selangor

PUTRAJAYA 23 Nov. – Selangor merekodkan 1,203 kes baharu Covid-19 dengan 4,626 kes aktif. Kecuali Sabak Bernam, semua daerah melaporkan kes jangkitan Covid-19 hari ini. Daripada jumlah itu, Klang melaporkan kes baharu tertinggi (1,122). Jumlah kes aktif dari daerah tersebut adalah 3,108 kes. Pertambahan kes di Klang adalah berpunca daripada Kluster Teratai. Hari ini, kluster yang melibatkan Selangor dan Kuala Lumpur tersebut melaporkan 1,067 kes baharu. Sementara itu jumlah kes sembuh pula 250. Kuala Lumpur pula melaporkan 196 kes baharu manakala Putrajaya 1 kes. Kes sembuh bagi kedua-dua wilayah adalah…

Read More

Teratai catat kes mendadak

PUTRAJAYA 23 Nov. – Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diisytiharkan pada 7 November telah menunjukkan peningkatan kes yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Sehingga 23 November, terdapat 2,524 kes positif (43.8 peratus) Covid-19 yang telah dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes yang disaring. Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif dan 1,913 masih menunggu keputusan. Kes-kes dalam kluster ini terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara 2 hingga 68 tahun. Kebanyakan kes daripada kluster ini merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes…

Read More

Tertinggi 1,884, sembuh 883

PUTRAJAYA 23 Nov. – Jumlah harian tertinggi setakat ini apabila Malaysia mencatatkan 1,884 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,882 merupakan nyak dua kes kematian baharu di negeri Sabah. Setakat ini, 115 kes positif Covid-19 kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 48 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara itu, jumlah kes sembuh akibat Covid-19 yang direkodkan ialah sebanyak 883 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 42,480 kes.

Read More

PKPD baharu, lanjut dan tamat

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi lokasi terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 November ) hingga 7 Disember. Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni. “Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 246 ujian saringan bersasar dan sebanyak 25 kes positif Covid-19 direkodkan di penjara ini Justeru, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM,” katanya pada sidang media di sini hari ini.…

Read More

807 langgar SOP PKP ditahan

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Sebanyak 807 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Daripada jumlah itu, 747 individu dikompaun, 52 individu direman, dan lapan dijamin. Kesalahan ingkar SOP arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (475 ) yang paling tinggi, dan yang lain-lain melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal. Operasi Benteng (Op Benteng), pula berjaya menahan seramai 85 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludup serta merampas tiga kenderaan darat. Katanya, sebanyak 266 Sekatan Jalan…

Read More