Kes baharu Arab Saudi 231

RIYADH 23 Nov. – Arab Saudi merekodkan 231 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 355,489.

Jumlah jangkitan harian ini terus menunjukkan trend penurunan kes selepas angka terendah iaitu 221 kes direkodkan Sabtu lalu dan 224 pada Ahad.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif adalah 5,877 di mana 765 kes adalah kritikal.

Bagi tempoh yang sama, seramai 16 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada kumulatif 5,796 kematian.

Pada masa yang sama,  445 pesakit dilaporkan sembuh dan perkembangan ini membawa kepada peningkatan kes pulih kepada 343,816.

Daripada 231 kes, Riyadh mencatatkan 46 kes diikuti Jeddah dan Makkah masing-masing 18 kes, Dammam 14, Yanbu 13, Madinah dan Hail masing-masing 11 kes.

Related posts

Leave a Comment