807 langgar SOP PKP ditahan

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Sebanyak 807 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, 747 individu dikompaun, 52 individu direman, dan lapan dijamin.

Kesalahan ingkar SOP arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (475 ) yang paling tinggi, dan yang lain-lain melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Operasi Benteng (Op Benteng), pula berjaya menahan seramai 85 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludup serta merampas tiga kenderaan darat.

Katanya, sebanyak 266 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM (200), PDRM (57) dan AKSEM (9).

Kawalan Sempadan Negara Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Related posts

Leave a Comment