311 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 23 Nov. – Jabatan Kesihatan Sabah, merekodkan 311 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 23,193 kes.

Tiga lagi kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Pada hari ini, seramai 398 pesakit Covid-19 telah sembuh manakala seramai 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC.

Bilangan pesakit dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 311 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 102 kes (32.80%) adalah dari daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment