Indonesia lepasi 500,000 kes

JAKARTA 23 Nov. – Sebanyak 4,442 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes di Indonesia melebihi 500,000 kes iaitu 502,110 kes dengan kes aktif 63,722

Provinsi Jakarta merekodkan kes tertinggi harian, sebanyak 1.009 kes dan kumulatifnya masih tertinggi sebanyak 128.173 kes..

Ini diikuti Jawa Tengah merekodkan 1,005 kes (kumulatif 48.385), Jawa Barat 602 (48.666), Jawa Timur 365 (59.044), Kepulauan Riau  273 (5.213).

Bagi kes meninggal dunia, sebanyak 118 kes dan kumulatifnya 16.002 dengan . Jawa Timur merekodkan 35 kes dan kumulatifnya 4.184 kes, .Jakarta 17 dan  kumulatifnya menjadi 2.542 kasus.

Jawa Tengah merekodkan 10 kematian (2.140), Kalimantan Timur sembilan kes ( 562), Jawa Barat dua (868 kes) .

Sementara itu kes pesakit sembuh yang direkodkan hari ini sebanyak 4,198 menjadikan jumlah kesembuhan 422,386 orang.

Jakarta mencatatkan 1,064 kes dan kumulatifnya 116.909 kes diikuti Jawa Barat 1,013 (40,024), Jawa Timur 392 (52,389), Jawa Tengah 310 (35,751), Riau 242 (3,892).

Related posts

Leave a Comment