PKPD baharu, lanjut dan tamat

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi lokasi terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 November ) hingga 7 Disember.

Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 246 ujian saringan bersasar dan sebanyak 25 kes positif Covid-19 direkodkan di penjara ini

Justeru, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau juga mengumumkan pelanjutan PKPD Putra Point Nilai, Negeri Sembilan

sehingga 30 November 2020 sementara PKPD Kg Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah dilanjutkan selama 14 hari bermula 24 November sehingga 7 Disember.

Sementara itu, PKPD di Taman Mesra, Sandakan, Sabah dan PKPD Plaza Hentian Kajang ditamatkan pada 24 November seperti dijadualkan sementara PKPD di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang ditamatkan pada 25 November  seperti dijadualkan

PKPB di Daerah Kuching, Sarawak pula dilanjutkan sehingga 27 November,

Beliau juga memaklumkan mengenai Penutupan Berperingkat 28 kilang Top Glove bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kuarantin

Pelaksanaan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove.

Related posts

Leave a Comment