Indonesia hampiri 500,000 kes

JAKARTA 22 Nov. – Indonesia merekodkan 4,360 kes baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 497,668 kes. Menurut data Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak 110 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kematian meningkat kepada 15,884:orang. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 418,188 orang sementara 26,535 orang telah disaring menjadikan jumlah saringan 3,553,142. Provinsi Jakarta merekodkan 1,342 kes baharu yang membawa jumlah kumulatif 127,164 manakala Jawa Tengah 477 kes,  Jawa Barat 372, Jawa Timur 295,  Sumatera Barat 229 dan Kepulauan Riau 174.

Read More

311 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 22 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 311 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 23,193 kes. Tiga  lagi kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Daripada 311 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 102 kes (32.80%) adalah dari daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori. Sebanyak 398 pesakit Covid-19 sembuh manakala 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan…

Read More

Tiga lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 22 Nov. – Tiga kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Pengkalan Barat melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang serta daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di negeri Perak. Kluster Bakti pula melibatkan sebuah penjara dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan manakala Kluster Bayam Indah melibatkan daerah Kulim dan Kuala Muda di negeri Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kluster tamat adalah sebanyak 163 kluster dengan empat kluster yang tamat pada Ahad iaitu Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. “Ini menjadikan menjadikan…

Read More

1,096 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA 22 Nov. – Sebanyak 1,096 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 54,775 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,843 kes. Malaysia turut mencatatkan sebanyak 1,104 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 41,597 kes. Sehingga kini, terdapat 106 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan. Terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes…

Read More

Kes global 58 juta, AS 12 juta

JUMLAH kes global Covid-19 kini mencecah 58 juta kes atau 58,076,075 sehingga pukul 10.45 pagi ini waktu Malaysia dengan kematian pula sebanyak 1,379,508. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan kes tertinggi dengan catatan 12,085,389 dan kematian pula mencecah 255,823 kes. India pula berada di kedudukan kedua dengan merekodkan 9,050,597 kes tetapi jumlah kematian berada di tangga ketiga iaitu sebanyak 132,726 kes. Brazil mencatatkan 6,052,786 kes di kedudukan ketiga tetapi angka kematian pula kedua tertinggi dengan catatan 168,989 kes. Perancis dan Rusia masing-masing merekodkan 2,178,023 dan 2,047,563 kes. Enam negara merekodkan lebih satu…

Read More

Singapura catat 58,148 kes

SINGAPURA merekodkan lima kes baharu Covid-19 pada Sabtu (21 November), semuanya kes import, yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di negara itu. Tiada jangkitan tempatan yang dilaporkan untuk hari ke-11 berturut-turut dan setakat ini Singapura melaporkan sejumlah 58,148 kes dengan 28 kematian serta 58,064 kes pulih termasuk enam yang sembuh pada Sabtu. Lima kes import yang direkodkan adalah seorang warga Singapura yang kembali dari Mexico, seorang penduduk tetap yang tiba dari Britain, dua pemegang permit kerja Singapura yang tiba dari Filipina. Seorang lagi adalah pemegang pas…

Read More