Tiga lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 22 Nov. – Tiga kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Pengkalan Barat melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang serta daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di negeri Perak.

Kluster Bakti pula melibatkan sebuah penjara dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan manakala Kluster Bayam Indah melibatkan daerah Kulim dan Kuala Muda di negeri Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kluster tamat adalah sebanyak 163 kluster dengan empat kluster yang tamat pada Ahad iaitu Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari.

“Ini menjadikan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes,” katanya lagi.

Beliau juga menjelaskan kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (504 kes), Kluster Tembok (42 kes), dan Kluster Kaya (20 kes).

Related posts

Leave a Comment