PUTRAJAYA 22 Nov. – Sebanyak 1,096 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 adalah sebanyak 54,775 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,843 kes.
Malaysia turut mencatatkan sebanyak 1,104 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 41,597 kes.
Sehingga kini, terdapat 106 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 sebanyak 335 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).