Kes global 58 juta, AS 12 juta

JUMLAH kes global Covid-19 kini mencecah 58 juta kes atau 58,076,075 sehingga pukul 10.45 pagi ini waktu Malaysia dengan kematian pula sebanyak 1,379,508.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan kes tertinggi dengan catatan 12,085,389 dan kematian pula mencecah 255,823 kes.

India pula berada di kedudukan kedua dengan merekodkan 9,050,597 kes tetapi jumlah kematian berada di tangga ketiga iaitu sebanyak 132,726 kes.

Brazil mencatatkan 6,052,786 kes di kedudukan ketiga tetapi angka kematian pula kedua tertinggi dengan catatan 168,989 kes.

Perancis dan Rusia masing-masing merekodkan 2,178,023 dan 2,047,563 kes.

Enam negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu Sepanyol 1,556,730, United Kingdom 1,497,129, Itali 1,380,531, Argentina 1,366,182, Colombia 1,240,493 dan Mexico 1,025,969.

Sembilan buah negara merekodkan lebih 500,000 kes didahului Peru 946,087, Jerman 918,241, Poland 843,475, Iran 841,308, Afrika Selatan 765,409, Ukraine 629,850, Belgium 553,680, Chile 539,143 dan Iraq 533,555.

Dua negara anggota ASEAN berada dalam kelompok 400,000 kes iaitu  Indonesia 493,308 dan Filipina 416,852 manakala negara lain adalah Czechia 490,750, Netherlands 486,820, Bangladesh 445,281, Turki 440,805, Filipina 416,852 dan Romania 412,808.

Ini diikuti Pakistan 371,508, Arab Saudi 355,034, Kanada 329,024, Israel 328,397 dan Morocco 320,962.

Switzerland merekodkan 290,601 kes, Portugal 255,970, Austria 241,962, Nepal 218,639 dan Sweden 208,295.

Dua puluh empat negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Ecuador 184,876, Jordan 178,161, Hungary 170,298, Emiriyah Arab Bersatu 157,785, Panama 153,577, Bolivia 143,922, Kuwait 139,734, Jepun 130,866, Oman 121,369 dan Mesir 112,676.

Bagi kes kematian pula, Mexico merekodkan 100,823 kes, United Kingdom 54,721, Itali 49,261, Perancis 48,593, Iran 44,327, Sepanyol  42,619 , Argentina 36,902, Peru 35,484, Rusia 35,442.

Colombia merekodkan 35,105, Afrika Selatan 20,845, Indonesia 15,774, Belgium 15,352, Chile 15,030, Jerman 13,972, Poland 13,288, Ecuador 13,139, Turki 12,219, Iraq 11,925, Kanada  11,455 dan Ukraine

Bagi kes sembuh pula sebanyak 37,167,703 pesakit sembuhdengan India merekodkan 8,478,124 kes, Brazil 5,437,189 , AS 4,529,700, Rusia 1,564,897, Argentina 1,187,053 dan Colombia 1,144,923.

Related posts

Leave a Comment