Singapura catat 58,148 kes

SINGAPURA merekodkan lima kes baharu Covid-19 pada Sabtu (21 November), semuanya kes import, yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja mereka tiba di negara itu.

Tiada jangkitan tempatan yang dilaporkan untuk hari ke-11 berturut-turut dan setakat ini Singapura melaporkan sejumlah 58,148 kes dengan 28 kematian serta 58,064 kes pulih termasuk enam yang sembuh pada Sabtu.

Lima kes import yang direkodkan adalah seorang warga Singapura yang kembali dari Mexico, seorang penduduk tetap yang tiba dari Britain, dua pemegang permit kerja Singapura yang tiba dari Filipina.

Seorang lagi adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari Oman.

Seramai 22 pesakit Covid-19 masih berada di hospital, sebahagian besar dalam keadaan stabil atau beransur pulih, dan seorang kritikal di unit jagaan rapi.

Ketika ini juga seramai 34 kes diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat, iaitu mereka yang menunjukkan simptom ringan, atau sihat dari segi klinikal tetapi masih diuji positif Covid-19.

Related posts

Leave a Comment