311 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 22 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 311 kes positif baharu Covid-19 di negeri ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 23,193 kes. Tiga  lagi kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Daripada 311 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 102 kes (32.80%) adalah dari daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori.

Sebanyak 398 pesakit Covid-19 sembuh manakala 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Related posts

Leave a Comment